4 jenis lelaki yang ditarik perempuan ke neraka
Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke
dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi
sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak &
saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan
tanggungjawab yang dipikul..
1. AyahnyaApabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak
perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama
seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan
anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…..tidak cukup kalau dengan
hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka
oleh anaknya.
2. SuaminyaApabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul
bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk
pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri
walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak
tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita
jatuh ke bahu abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing
keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran
ISLAM …tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.
4. Anak LelakinyaApabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan
yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata
& sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di
akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia
malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang
bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan
masing-masing.
Firman Allah SWT:-“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari
api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya
malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah
terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan
apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan
seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap
kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang
atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada
kita…wallahua’lam